Suhu Sejuk Genting Highland Tips untuk Menikmati Cuaca

Suhu Sejuk Genting Highland Tips untuk Menikmati Cuaca

Kuasa magik apakah yang digunakan Genting Highlands sehinggakan cuacanya boleh berubah sekelip mata, cukup berbeza dengan suhu di Lembah Klang yang hanyalah 1 jam pemanduan dari pusat peranginan ini.

Kabus yang tebal dengan wap yang terbentuk setiap kali menarik nafas cukup untuk menggambarkan kedinginan cuaca yang dapat dinikmati di ‘Las Vegas’ Malaysia ini.

Tempat

Tidak perlu menempah tiket ke Eropah, dengan suhu serendah 14 ke 16 darjah Celsius, keadaannya tidak ubah seperti bercuti di benua yang sejuk ini. Suhu nyaman dan pemandangan mempesonakan di Genting Highlands menjadikan ia tarikan yang menarik untuk dilawati bukan sahaja penduduk Malaysia tetapi juga dari luar negara.

Travelmana: Cameron Highland Kini Sejuk & Berkabus, Suhu Cecah 17 Darjah Celcius!

Selain itu, kedudukannya yang terletak tidak jauh dari bandar membuatkan ia menjadi destinasi percutian pilihan setiap kali tiba musim cuti ataupun di hujung minggu.

Lokasi yang strategik, dengan tarikan-tarikan hebat yang tiada penghujungnya, segalanya dapat dinikmati dalam atmosfera nyaman kawasan tanah tinggi, tiada sebab untuk anda sekeluarga tidak ke sini untuk cuti akan datang.

Di sini, kami telah menyenaraikan semua tempat menarik di Genting Highland untuk dikunjungi. Percayalah, ia sememangnya destinasi yang padat dengan pelbagai tarikan unik dan hebat untuk dialami. Teruskan membaca untuk mengetahui dimanakah tersimpannya keseronokan tanah ini.

Genting Highlands: Weather, Attractions, And Best Time To Visit

Umum sudahpun tahu bahawa taman tema Genting Highlands yang dinanti-nantikan iaitu Genting Skyworlds sudahpun mula beroperasi sejak Februari awal tahun ini. Sejak pembukaannya yang selari dengan pembubaran sekatan rentas negeri, ramai yang sudah ke sini. Seluruh taman tema ini bukan sahaja penuh dengan rides dan aktiviti riadah, ia juga dihias dengan begitu cantik, ceria dan bertemakan dunia perfileman.

Taman tema yang sangat hebat ini menawarkan 9 bahagian dunia fantasi bertema yang kebanyakannya bertemakan filem-filem ternama. Di setiap bahagian ini anda akan menikmati bermain rides, kiosk-kiosk makanan yang berbeza-beza, persembahan dan juga kedai-kedai di mana anda boleh dapatkan cenderamata dan merchandise pilihan.

Genting Highlands memang sinonim dengan taman tema dan pusat hiburan. Satu lagi taman tema yang disediakan di sini ialah Skytropolis yang merupakan sebuah taman tema indoor. Ia terletak di First World Plaza dan bersambung dengan Sky Avenue.

Harga Murah Di Geo38 Premium Suites At Genting Highlands Diskaun Besar Besaran

Apa yang boleh anda jangkakan dari Skytropolis yang berkeluasan 400, 000 kaki persegi ini? Lebih 20 rides, aktiviti dan mainan yang boleh anda nikmati bersama keluarga. Antaranya termasuk Ferris wheel, marry-go-round, tea cup, roller coaster dan banyak lagi. Setiap bahagian menyediakan rides mengikut kesesuaian dan tahap umur pengunjung. Jadi anda bolehlah memilih rides yang lebih sesuai dengan anda dan keluarga.

Pernahkah anda bayangkan keadaan anda jika berada dalam situasi seperti filem bertema zombie? Kini, anda boleh menjadikannya suatu realiti. Eh, bukan zombie nya, hanya situasi itu sahaja. Permainan di zombie Outbreak Genting Highlands ini berkonsepkan ala-ala escape room tetapi lebih intense kerana terdapat elemen-elemen “hidup” iaitu para pelakon yang menjadi zombie.

Anda boleh cuba mainan ini secara individu ataupun berkumpulan. Misi anda ialah mencuba untuk menghentikan fenomena zombie ini tanpa menjadi mangsa. Memang mendebarkan. Dalam bilik gelap dan dikelilingi zombie-zombie yang mengerikan, tentu riuh. Jom, cuba ramai-ramai!

Cuaca Eropah 'singgah' Ke Malaysia

Awana Bio Park terletak di kawasan perhutanan yang menuju ke arah Resorts World Genting. Dengan ketinggian 914 hingga 1828 meter dari aras laut, terdapat 3 Aras hutan di sini. Yang pertama digelar Fashion Forest, kedua Sky Forest dan terakhir ialah Chocolate Forest. Bio Park ini sangat dijaga dan dipelihara. Anda boleh ke sini bukan sahaja untuk menikmati keindahan alam, namun juga untuk melakukan aktiviti jungle trekking.

Awana Bio Park merumahkan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan yang menjadikannya sebagai habitat. Tumbuhan yang menjadi tarikan di sini ialah pitcher plant yang dijaga dan dilindungi di sini. Selain itu, anda juga akan menyaksikan pokok Mahogany yang dinamakan sebagai Optimus.

Sangat tinggi dan antara pokok tertua di sini. Haiwan-haiwan seperti siamang, burung-burung exotic dan macam-macam lagi mengekalkan eko sistem alam semulajadi di sini. Ambil masa dan terokai kawasan perhutanan di Awana Bio Park ini bila anda berada di Genting Highlands!

Hotel Terbaik Di Dekat Masjid Mohamed Noah

Sudah penat melarikan diri dari kota yang panas dan dah puas merasakan kedinginan di puncak Genting? Jom kita rasai tahap kesejukan yang luar biasa pula!

Di Snow World ini anda perlu bersedia dengan baju sejuk yang sangat tebal kerana suhunya yang melepasi paras beku iaitu -6 darjah Celsius. Memang ketar la mulut nak bersembang dalam taman tema ini.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah gelongsor, snowball, cahaya lampu lip-lap yang persis kilauan bintang, animasi cahaya LED yang mengubah Snow World dari waktu siang kepada malam dan banyak lagi. Dengar seperti dunia fantasi bukan? Tunggu apa lagi?

Cuaca

I'm Travelling Banana...: 2018

Bayaran Masuk: Dewasa (12 – 59 Tahun) RM40 | Kanak-kanak (3 – 11 Tahun) RM30 | Warga Emas (60 Tahun & Keatas) RM30

Siapa tak suka dengan buah yang comel berwarna merah ini? Rasanya yang masam-masam manis, memang sedap kalau dicicah dengan cairan coklat. Nak makan strawberry sepuas hati? Bawalah keluarga anda ke Strawberry Leisure Farm. Kalau anda nak tahu, buah-buahan strawberry yang ranum ini berasal daripada benih yang didatangkan nun jauh dari California.

Nak terus beli di dalam packaging yang disediakan atau petik sendiri? Bergantung kepada anda. Tapi alang-alang dah sampai tak akanlah nak lepaskan peluang untuk petik buah ini sendiri kan?

Genting Highlands Day Trip

Selain strawberry, Strawberry Leisure Farm turut memiliki tanaman lain seperti cendawan, sayur-sayuran, herba dan bunga-bunga yang tumbur subur penuh dengan warna-warni. Bagi anda yang kaki Insta, selain taman bunga, lawat juga bahagian Lavender Gardennya yang berkeluasan 6 ekar untuk sebuah latar belakang yang tak ubah seperti di luar negara.

Sky VR merupakan satu tarikan baharu di Genting yang menggunakan teknologi terkini Virtual Reality. Teknologi ini akan memberi anda satu pengalaman seperti berada dalam dunia permainan video dengan merasai kehebatan ultra-realistic yang mampu merangsang deria anda.

Sky VR akan membawa anda ke dimensi lain dengan menggunakan VR headset yang akan memberi visual dunia 3D bagi setiap dimensi. Anda akan merasai aksi penerjunan bebas, menjelajah ke dasar laut serta melakukan misi yang mendebarkan.

Sejuk Berlari Lari Ke Genting Highlands

Antara tarikan yang ada di sini ialah RoboCoaster, iaitu satu permainan aksi pertempuran robot yang membuatkan anda berasa seperti berada di dalam robot itu. Tarikan kedua ialah Vortex, di mana anda akan merasai debaran ketika menyelam ke dasar laut secara ultra-realistic. Nak merasai debaran terjun dengan paracut? SkyGlider VR akan memberi anda pengalaman ini kerana ia akan membuat anda seperti benar-benar melakukan penerjunan disamping anda perlu mengawal tali steering line yang ada pada payung terjun sebenar.

Akan datang, Sky VR akan meperkenal lagi 2 tarikan baru iaitu Xd Theater dan VirtuGlobe. Xd Theater akan menjadi pawagam VR terbesar di Malaysia yang boleh membawa anda ke pelbagai dimensi. VirtualGlobe pula, anda akan bermain di dalam sebuah globe besar supaya anda boleh berjalan setempat dan melakukan misi yang di dalam permainan VR.

-

Bandar utama di Genting Highlands, Gohtong Jaya merupakan kawasan komersial yang menempatkan banyak kedai-kedai, rumah dan tempat penginapan. Di sini jugalah anda yang datang ke Genting boleh menaiki kereta kabel Genting Skyway untuk menuju ke puncak Genting tanpa perlu melalui jalan panjang yang memeningkan kepala.

Jaminan Hari Hujan

Bandar ini juga merupakan tapak permulaan untuk anda yang ingin menguji stamina dengan mendaki ke puncak, ataupun untuk membuat lawatan yang santai ke Ladang Strawberry.

Genting Skyway adalah salah satu daripada 2 buah sistem kereta kabel yang menghubungkan kawasan tanah rendah dan puncak Genting Highlands. Perjalanan kereta kabel ini bermula dari Gohtong Jaya dan berhenti separuh jalan untuk lawatan ke Chin Swee Temple.

Anda boleh menikmati udara segar dan pemandangan yang indah sekitar Genting sepuas hati kerana jangka masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah dalam sekitar 15 ke 20 minit. Namun, jangka masa ini bergantung kepada cuaca. Apa-apa pun bersedia dengan suhu sejuk yang bakal anda tempuhi sebaik sampai ke puncak Genting ya?

Tempat Menarik Di Genting Highlands

Untuk anda yang membawa kereta dari KL ke Gohtong Jaya, tak perlu risau tentang dimana nak letakkan kereta, kerana terdapat sebuah bangunan 10 tingkat yang disediakan khas sebagai tempat meletak kereta.

Anda dapat melihat pemandangan resort dan banyak lagi tarikan lain termasuklah Twentieth Century Fox World Malaysia yang bakal siap tidak lama lagi.

Dengan kelajuan 6 meter/saat, kereta kabel ini mampu membawa 3, 000 penumpang untuk pergerakan sehala dalam masa satu jam. Menyediakan 99 buah gondola standard dan 10 buah yang berlantai kaca, mana satu menjadi pilihan anda? Kalau tak kisah untuk bayar lebih, gondola kaca sememangnya menarik untuk dinaiki untuk kepuasan pemandangan yang lebih meluas.

Genting Highlands, Malaysia: Weather, Temperature, What To Wear, And Best Time To Visit

Selain itu, anda juga dapat menikmati udara yang menyegarkan melalui tingkap khas pada gondola ini. Belum sampai ke puncak lagi, dah dapat merasakan aura kesegaran Genting.

Percutian

Seperti yang kita sedia tahu, banyak sekali khasiat kesihatan yang datang dari madu. Apa kata jika kita jejaki asal-usul madu ini dan macam mana ia diproses dari satu peringkat ke satu peringkat di Happy Bee Farm.

Bukan itu sahaja, di Happy Bee Farm ini juga anda dapat mempelajari tentang cara-cara menggunakannya dalam pelbagai resepi masakan dan banyak lagi info lain yang menarik berkaitan dengan makanan sunnah ini. Bolehlah jadi pakar madu dalam keluarga anda lepas ni.

Pengalaman Liburan Hebat Di Genting Highlands

Selain ladang lebah, Happy Bee Farm turut memiliki tarikan lain yang dipanggil Insect World dimana anda dapat melihat pelbagai spesimen kumbang yang datang dalam pelbagai saiz dan warna yang sememangnya suatu pengalaman yang penuh ilmiah.

Jika di Happy Bee Farm penuh dengan kemanisan madu, di Butterfly Wonderland pula penuh dengan kemanisan melihat pemandangan indah rama-rama beraneka warna.

Bayangkanlah berjalan-jalan sambil menikmati udara segar Genting dan pandangan pula diwarnai dengan rama-rama yang terbang bebas. Hilang segala beban yang bermain di minda.

Hotel Berdekatan Snow World

Di dalam taman indah ini juga, anda akan disajikan dengan pemandangan air terjun, kolam ikan koi dan kolam

Komentar