Bercuti Seronok: Bas dari Penang ke Genting Highland
Halloo , Assalamualaikum guys , so trip kali ini fuad akan share dengan korang trip bajet ke Genting Highlands dengan hanya kurang RM50 korang boleh enjoyy . Actually tak plan pun , fuad ni jenis macam sukar untuk dijangka , kadang kadang tukan tengah2 malam buta tengok tiket bas pukul 3 pagi haha , gila , mentang mentang rumah tak jauh dengan TBS tapi belum pernah lagi dibuat begitu , mungkin suatu hari nanti . Best pe tujam nak pergi tujam tu juga booking . Waktu plan nak ke genting ni pukul 3:30 pagi hari jumaat 26 julai 2019 , orang kata kalau nak tu mesti kena teruskan jangan bertangguh , sementara ada mood ni , so terus lah book tiket cable car & theme park . Lagipun hari jumaat urusan jumpa client sampai tengah hari saja . Kalau hari lain tak tau bila , asyik sibuk je kan .
Semenjak dah ada Awana Bus terminal banyak syarikat bas yang menawarkan perjalanan ke Genting Highlands , bas boleh beli di EASYBOOK COM , bukan setakat di Kuala Lumpur malah mana yang duduk luar KL pun boleh contoh dari Penang serendah RM35 , Melaka RM40 , Johor RM55 & Kedah RM45 .

Kalau yang dari KL atau Selangor boleh pilih sama ada nak naik bas Genting Express atau bas lain . Bezanya bas Genting Express selalu kehabisan tiket , kalau harini nak pergi harini nak beli memang kirim salam jawabnya , saya pernah lalui dulu dengan kawan kawan datang pagi ke Kl Sentral tup tup tiket habis , at last kita orang naik teksi je share 3 orang . Tambahan bas Genting Express tak boleh beli menerusi online . Harga tambang dalam RM4.90 , jika sekali dengan cable car RM13.90 . Maklumat lanjut boleh klik sini
Trip Santai 3h2m Di Penang. Lelaki Kongsi Itinerary Boleh Dilakukan Sepanjang Bercuti Di Pulau Mutiara!
Untuk bas lain kita boleh beli menerusi EASYBOOK.COM , tambang sehala RM10 dari jalan pekeliling . Tiket selalu sold out , boleh booking awal .
Untuk cable car jika beli online boleh beli melalui KLOOK hanya RM9 bagi normal gondola . Jika beli di kaunter return boleh dapat RM16 , beza RM2 jika beli online .
Ni nak cerita pasal nasi lemak , pukul 4:30 pagi duk mengidam , nasib bahan ada cuma timun ngan ikan bilis je tak ada , tak apalah asalkan ada santan jadilah juga nasi lemak teruna ewah . Konon nak makan sarapan tapi tak sempat kesuntukan masa , jadi kita bawa bekal makan tengah hari dalam kereta .
Video] Pelancong Singapura Maut Van Jatuh Gaung Sedalam 6 Meter Di Balik Pulau, Punca Insiden Masih Dalam Siasatan
Selepas saja solat jumaat terus bergerak menuju ke Genting Highlands , pada awalnya nak naik bas tapi bas pula ikut jadual , so memang tak sempat , better naik je kereta , fuad pergi sorang diri tanpa sesiapa . Minyak isi RM20 , tu pun ada lebih lagi , kalau nak naik kereta bawalah kawan kawan sekali , boleh share sorang RM5 , tol gombak pula hanya RM6 ketika pergi .
Sebelum sampai ke puncak genting akan jumpa Gohtong Jaya , sini lebih kurang seperti pekan kecil dan juga terletaknya Strawberry Farm , haa ingat cameron je ke ada , genting pun ada . Kalau berminat nak masuk boleh lah pergi , dalam pun besar , ada cafe strawberry , boleh petik.
Disini juga ada Ladang Lebah dan Taman Rama Rama , kalau nak pergi sini waktu balik sebab taman ni disebelah kanan jalan , bukan laluan sama nak ke strawberry farm . Kadar bayaran masuk RM16 .
Pakej Genting Dream Cruise 4 Hari 3 Malam [2023/2024]
Untuk menaiki kereta cable , perlu menuju ke Awana Sky Central , disini juga terletaknya Genting Highlands Premium Outlet , memang sebelah sebelah , kalau naik kereta kena parking kat sini , kadar bayaran agak mahal sejam RM3 weekdays RM4 weekends max sehari RM18 . Jika naik bas , bas akan berhenti disini dan you guys perlu naik cable car untuk ke puncak . Actually boleh je kalau nak drive sampai atas tapi disebabkan nak merasa naik cable car why not kan .
Bagi belian cable car melalui KLOOK anda hanya perlu scan QR code di gate dari voucher yang diberi menerusi hp , mudahkan .
Kalau pergi hari biasa korang akan menempuh dengan pelancong pelancong dari China , rasanya kat sini pelancong melayu hanya fuad je kot , memang tak nampak yang lain , tambahan hari biasa kan orang koje .

Railway Tourism Malaysia
Waktu nak naik ni kan kita bagitau lah kat akak yang jaga ni boleh tak 1 gondola hanya saya sorang saja haha , kau ingat kau vvip adoii . Akak tu gelak je , memandangkan ramai so kena lah berkongsi juga dengan pelancong China . Tapi kalau anda datang dalam 5 orang atau 1 family bagitau je kat pekerja situ nak 1 gondola kita kita je tak nak campur . Kalau boleh lah dia kasi je .
Nyamannya , melihat kehijauan saujana mata memandang , so relaxing . Dengan hanya RM9 dapat merasai pengalaman begini sangat sangat berbaloi , perjalanan mengambil masa 10-15 minit . Duduk dalam ni jangan habiskan waktu berborak rugi , nanti tengok eh dah sampai dah tak sempat nak menikmati .
Cable car ada 3 station , awana - chin swee caves temple - sky avenue , untuk lawatan pertama Chin Swee Caves Temple turun di station Chin Swee Caves , jangan risau kita boleh guna tiket tadi untuk naik balik .
Tempat Menarik Di Genting Highland, Percutian Best 2023
Orang akan cakap nak buat apa kat sini , actually fuad punya tanggapan pun begitu juga tapi why not kita jalan jalan tengok temple paling famous dan juga top attraction jika anda datang ke Genting . Temple ni ada banyak bahagian , boleh lihat di bawah .
Dekat sini view cantik , nak ambil gambar pun boleh , lagi satu kalau ada yang berminat untuk bawa bekal , kat sini ada tempat duduk boleh lah sambil makan sambil menikmati udara segar .
Mungkin akan ada yang bertanya `what happen 21st century fox theme park genting` kalau ikutkan tahun 2019 opening tapi disebabkan ada isu dengan Disney , why disney ? sebab disney dah beli21st century fox , disney tak nak terpalit dengan perniagaan judi , as we know disney kan more to kids , fairy tale and so on , so nampaknya perkara ini menjadi isu besar , theme park pun almost 90% siap , papan tanda pun dah letak , baru baru ni berita jika tak silap dia orang dah dapat persetujuan , genting perlu tukar nama lain dan boleh dibenarkan mengguna certain part of 21st century fox , contoh design dan sebagainya . Alah dulu pun outdoor theme park genting tak yah collaborate still ramai giler orang datang , ternyata genting mempunyai tarikan tersendiri .
Pakej A: Port Klang Penang Singapore Port Klang (isnin)
Lawatan kedua adalah bermain indoor theme park , ini hanyalah optional saja , tak nak main pun tak apa , macam fuad nak masuk sebab nak buat review . Tiket jika beli di KLOOK RM60 , kalau ambil pakej sekali dengan cable car RM64 . Unlimited ride , dari jam 10 pagi sehingga 10 malam . Untuk tiket pay per ride weekdays RM10 , weekends RM15 . Boleh beli disini.
Jika anda beli secara online tak perlu beratur dan masuk lane biasa , just pergi ke kaunter online ticket dan tunjuk QR code .
Yeahh dah dapat , tiket gelang ni ada QR code tau , so nanti nak main just scan saja , indoor ni tempat dia terbuka , semua orang boleh masuk , sebab itu setiap permainan ada mesin pegimbas untuk memastikan anda pemegang tiket sah.
Azila's Travels....: 2022 Genting Highlands Bhg. 01 (kl Genting)
Permainan pertama DISCO , siapa pernah pergi MAPS Ipoh mesti tau benda alah ni , dikategorikan sebagai high thrill tapi bagi fuad biasa je , fun mmg fun tapi tak takut pun mungkin sebab bila dah makin berusia ni semua benda jadi biasa , thats why i miss my childhood , kalau dulu pantang nampak benda ni mesti mengila.

Permainan kedua POWER SURGE , first nampak orang yang main semua duk jerit jerit , waktu naik ni terjumpa seorang lelaki dia cakap boleh duduk sebelah , eh boleh saja , sebab dia cakap kalau duduj sorang sorang takut , i dah main ni 3 kali dah yang ni paling takut , so fuad pun fikir mesti thrill , sekali dah mula dia pusing pusing 360 darjah bukan itu saja seat kita pun di pusing kiri kanan , its really really fun but not scare ! haha , eh ini bagi kita , kalau orang lain jerit jerit dah .
Bestnya pergi hari biasa tengok lah lane tak dak orang sangat pun , semua pakat tunggu bila sorang masuk lan semua sibuk nak masuk sekali haha , yerlah kalau kita sorang kat situ malu pula takkan kita sorang2 nak naik tak best lah .
Bagaimana Untuk Pergi Ke Genting Di Pulau Pinang Menggunakan Bas Atau Funikular?
Permainan ketiga SPIN CRAZY , lebih kurang macam tadi , tapi yang ini dah macam thor tengah pusing pusing dia punya hammer , memang nak termuntah , kalau baru makan tu tak yah lah karang ada yang berterabur kat lantai haha
Permainan keempat BUMPER BOSS aka BUMPER CAR , ini paling fuad suka dari dulu sampai sekarang , its really really fun ! Memang puas hati bila dapat langgar budak budak ni haha
Permainan keenam MUSIC EXPRESS , ini pun lebih kurang macam kat Berjaya Times Square , kalau dengan kawan kawan memang gelak

Komentar
Posting Komentar